Sebagai pembuka tirai untuk blog ni, suka saya ingatkan, cerita yg bakal dikongsikan semuanya merupakan kisah yang benar-benar berlaku, bukan rekaan. Cerita yang dikongsikan disini, semoga dapat dijadikan panduan, tauladan & peringatan kepada kita. Sesungguhnya, setiap sesuatu yang berlaku hanyalah dengan izin dariNya. Kita hanya mampu merancang, Dia yang berhak menentukan segalanya.
Saya berbual dengan rakan saya berkenaan perancangan masa depan untuk anak-anak. Dia ceritakan pada saya satu kisah yang menyentuh perasaan saya. Ceritanya, seminggu sebelum menyambut Aidilfitri, kenalan kepada Makcik rakan saya ni meninggal dunia akibat kemalangan. Arwah meninggalkan Suami & anak-anaknya (maaf, tak tahu jumlah anaknya berapa orang) seminggu sebelum kita semua menyambut Aidilftri.
Belum genap sebulan pemergian arwah, dalam bulan Syawal juga, Suami arwah pula yang dijemput Ilahi. Suami arwah memang mempunyai penyakit. Tetapi mungkin disebabkan terlalu bersedih dengan pemergian arwah, sakitnya bertambah teruk & dia meninggal dunia dalam bulan Syawal. Anak-anak mereka yang kesemuanya masih kecil & belum pon mencapai usia 18thn menjadi anak yatim piatu dalam tempoh tak sampai sebulan.
Sebak saya mendengarkannya. Terkenang anak sendiri, terkenang akan perihal diri sendiri. Bagaimana sekiranya ianya berlaku pada aku? Bagaimana akan hal anak² ku? Allahu Akbar! Ya, kuasa Allah semua tu. Kita hanya mampu merancang, tapi Dia Maha Berkuasa atas sesuatu.
Rancang simpanan pendidikan anak² anda? Marilah kita rancang bersama. Bersedia menerima sebarang pertanyaan. Email saya di Khairiyah.Nurhaizan@gmail.com
No comments:
Post a Comment